QUANTITATIVE STUDIES DEVELOPMENT EXPERT GROUP (QSDEG)

(Formerly known as Kumpulan Pakar Pembangunan & Pengembangan Kajian Kuantitatif)

Group Name

QUANTITATIVE STUDIES DEVELOPMENT EXPERT GROUP (QSDEG)

Synopsis

Sains Kuantitatif merupakan satu bidang yang menggabungkan bidang kuantitatif seperti Matematik, Statistik dan Penyelidikan Operasi dengan pembuatan keputusan berasaskan komputer.  Bidang ini memberi penekanan kepada pembentukan model bagi membantu menganalisis masalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, perundingan, pengurusan, perindustrian, pemasaran, sektor kewangan, dan sektor-sektor lain yang memerlukan pembuatan keputusan secara sistematik sebelum sebarang keputusan dibuat. Penggunaan teknik-teknik Sains Kuantitatif di kalangan penyelidik terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi adalah agak meluas dan merangkumi kedua-dua aspek teori dan aplikasi.  Malangnya, di sektor industri, penggunaannya agak kurang menyerlah. Ini amat mengecewakan kerana di kebanyakan negara membangun yang lain, pelbagai teknik kuantitatif ini telah diguna dengan meluas dan hasil penggunaan teknik-teknik ini didapati amat memberangsangkan. Di antara contoh kejayaan hasil daripada penggunaan teknik ini adalah: pembinaan terminal Folkestone bagi projek Eurotunnel (1993), pemulihan syarikat perkapalan S.S. Kuniang di Florida (1981), proses transformasi industri gas asli Amerika Syarikat (1993), pemilihan lokasi untuk satu syarikat minuman keras di New Mexico (1999), penggunaan anthraquinone di ICI (1998), pengiklanan produk ubat sakit tekak Listerine di Canada (1999), perundingan kontrak di antara pekerja dengan pihak pengurusan Michigan Auto Products Inc. (1994), pengoptimuman aktiviti penternakan di Brazil (1996), pemulihan pasaran stok di Kuwait (1982), dan banyak lagi. Di Amerika Syarikat, statistik yang dikeluarkan oleh jabatan buruh menunjukkan bahawa pada tahun 2005, keperluan tenaga mahir dalam bidang kuantitatif ini berada pada tangga ketiga di belakang tenaga mahir dalam bidang perubatan dan analisis sistem, iaitu satu peningkatan sebanyak 73% berbanding pada tahun 2000.

Dalam satu kajian bertajuk “Barriers to the Use of Operations Research in Malaysia” oleh Salleh Yahya, pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1999, dapatan kajian menunjukkan bahawa antara faktor yang menghindari penggunaan teknik kuantitatif di industri termasuk (1) kekurangan pakar di dalam bidang ini, (2) keperluan untuk menghasilkan perisian baru yang boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan, (3) kekurangan pengetahuan mengenai perisian yang sedia ada, (4) tiada sokongan daripada pihak pengurusan dan (5) kurangnya kerjasama di antara institusi pengajian tinggi dengan pihak industri.  Menyedari hakikat ini, adalah menjadi hasrat kami, pensyarah Bidang Sains Fizikal, UUM CAS untuk memperbaiki keadaan tersebut.  Justeru, idea penubuhan Kumpulan Pakar Pembangunan dan Pengembangan Kajian Kuantitatif ini adalah bersesuaian dan tepat pada waktunya.

Objective

Objektif kumpulan pakar adalah :

  • Menjadi pusat rujukan aplikasi Matematik, Statistik, dan Penyelidikan Operasi/Sains Pemutusan sebagai sebahagian daripada bidang Pengajian Sains Kuantitatif.
  • Menjadi pusat pengembangan aktiviti penyelidikan dan perundingan di dalam bidang pengajian kuantitatif.
  • Menjalin kerjasama yang lebih erat dengan pihak industri dan IPT melalui aktiviti penyelidikan, latihan dan perundingan.
  • Menjadi pusat untuk melatih lebih ramai tenaga pakar dalam bidang pengajian kuantitatif.
  • Menjadi pusat pembangunan sistem dan teknik kuantitatif terkini dan bersesuaian untuk diaplikasi dalam bidang penyelidikan dan industri.
  • Menyumbang ke arah pengembangan program ijazah lanjutan berteraskan penyelidikan melalui penyelidikan pelajar pascasiswazah.
  • Menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat dengan badan-badan profesional seperti MSORSM, INSPEM, APORS, ISM, PERSAMA dan INFORMS (USA).

Contact person

  1. Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi
  2. PM Dr. Razamin Ramli
  3. En. Sahubar Ali bin Mohamed Nadhar Khan
  4. PM Dr. Ang Chooi Leng
  5. Dr. Shamsudin Ibrahim
  6. PM Dr. Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar
  7. PM Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya
  8. Dr. Nor Idayu Mahat
  9. PM Dr. Haslinda Ibrahim
  10. Dr. Maznah Mat Kasim
  11. En. Ch’ng Chee Keong
  12. En. Mohammad Zukuwwan Zainol Abidin