Perjumpaan Dekan Awang Had Salleh Graduate School dan Staf

Dekan Awang Had Salleh Graduate School, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin  melahirkan rasa terima kasih kepada semua staf yang hadir pada majlis perjumpaan petang ini. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin oleh semua staf AHSGS dan Pejabat Pentadbiran dan Kewangan UUM CAS. Dikesempatan ini juga pihak AHSGS mengambil peluang mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah kepada Dr. Azizi Ab Aziz pada 11 Disember 2015 ini serta memohon kesejahteraan kepada semua staf agar lebih bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas.Bagi mantan staf  diucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama mereka berkhidmat di AHSGS dan majlis dihiasi dengan sesi penyampaian hadiah.

Turut hadir ke majlis perjumpaan ini ialah Dr. Azizi Ab Aziz, Timbalan Dekan AHSGS dan Tuan Haji Mohd Ashari Yaakub, Ketua Penolong Pendaftar Kanan UUM CAS.