BANGKOK UNIVERSITY BERMINAT JALIN KERJASAMA DENGAN UUM

 

15 DISEMBER 2015 / 03 RABIULAWAL 1437H

==================================

 

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

 

YBhg.Dato’ Seri/Datuk/Dato’/YBrs. Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan/Cik

 

BANGKOK UNIVERSITY BERMINAT JALIN KERJASAMA DENGAN UUM

 Menyedari kepentingan kerjasama antara institusi pengajian tinggi luar negara, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) telah membuka pintu seluas-seluasnya kepada mana-mana pihak yang berminat menjalinkan hubungan kerjasama dalam apa jua bidang. Ini dapat dilihat dengankesungguhandankomitmen SMMTC yang bersediamenerimalawatan“mengejut” Associate Dean (International Affairs) Prof. Dr. James Gomez dari Bangkok University, Thailand baru-baruini. Bangkok University merupakan sebuah universiti swasta yang terkemuka di Thailand dengan tagline The Creative University.

 Sesi perbincangan bermula dengan kedua-dua pihak bertukar maklumat berkenaan universiti masing-masing.Seterusnya, sesi perbincangan diteruskan dengan pihak Bangkok University mempromosikan International Conference on Creative Industries in Asia: Innovating Within Constraints  yang akan berlangsung pada 1-2 Julai 2016 di Bangkok, Thailand. Pihak Bangkok University telah menawarkan satu sesi panel khusus untuk delegasi dari UUM mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak UUM sendiri.Pada masa yang sama, SMMTC pula mengambi kesempatan untuk mempromosi Asian Youth Indie Film Festival 2016 sempena Tahun Melawat UUM 2016. Lain-lain kerjasama yang akan dilakukan pada masa hadapan ialah mobiliti pelajar dan staf samada berkredit mahupun tidak berkredit.