KEMPEN KESEJAHTERAAN KUALITI ALAM SEKITAR UUM

on .

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

Adalah dimaklumkan bahawa Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Pelancaran Pembudayaan Kualiti UUM pada 3 Mei 2017 yang lalu di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

Salah satu elemen yang diberi perhatian adalah pengurangan penggunaan plastik di kalangan warga UUM.

Sehubungan itu, berikut dilampirkan templat rekod penggunaan plastik untuk diisi oleh semua staf di Pusat Tanggungjawab (PTJ) YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan bagi menyokong dan menggalakkan kempen ini. Mohon pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengembalikan templat tersebut pada setiap akhir bulan kepada pihak IPQ di alamat emel mhajar@uum.edu.my.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Protect Out Earth