‘ROADTOUR’ PENOLONG NAIB CANSELOR UUM CAS KE PUSAT PENGAJIAN SAINS KUANTITATIF (SQS)

on .

RoadTour

UUM CAS ONLINE: 13 Jun 2017, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif atau School of Quantitative Sciences (SQS) menjadi pusat pengajian terakhir yang dilawati oleh Penolong Naib Canselor UUM College of Arts and Sciences, Prof. Madya Dr. Huda Hj. Ibrahim dalam rangka lawatan ‘roadtour’ beliau di dalam bulan Ramadhan ini. ‘Roadtour’ yang diadakan petang semalam ini telah mendapat sambutan hangat daripada warga SQS termasuklah mantan-mantan Penolong Naib Canselor UUM CAS iaitu Yg. Berusaha Prof. Dr. Zurni Omar dan Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar.

Terdahulu dalam ucapan aluan oleh Dekan SQS, Prof. Dr. Sharipah Soaad Syed Yahaya menerangkan serba sedikit mengenai SQS dan juga memperkenalkan penjawat-penjawat yang mengetuai SCOE dan Research Unit masing-masing.

Seterusnya Prof. Madya Dr. Huda Ibrahim dalam ucapan beliau memuji dan mengucapkan tahniah kepada SQS yang memberikan pencapaian yang tinggi dalam penerbitan buku, artikel dan jurnal. Beliau menyarankan supaya semua warga SQS khasnya dan warga  CAS amnya sama-sama berganding bahu memberikan komitmen yang tinggi dalam membangunkan Universiti ke tahap yang membanggakan.

“Setiap staf perlu positif dan senang hati untuk membantu Dekan membangunkan Pusat Pengajian seterusnya membantu UUM mencapai kegemilangan. Janganlah ada yang rasa terbeban apabila Dekan memohon bantuan”.

Beliau juga turut meminta supaya staf sentiasa membawa imej dan contoh yang positif sebagai penjawat awam Universiti ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Seminar 2, SQS ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pendaftar Kanan UUM CAS, En. Azahari Azmi.

Sekian.


========================================

UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TEL: (604) 928 5001 / 5005 , FAKS: (604) 928 5017