Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin Terima 'Excellent Paper Award' Di 51th The IIER International Conference

on .

Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, pada 30 Disember 2015 telah menerima anugerah ‘Excellent Paper Award’ bagi kertas kerja bertajuk ‘Youth and Media Participation: Key Issues of Concern’ di International Conference on Social Science and Economics dalam 51th The IIER International Conference di Melbourne, Australia.

Beliau yang juga Dekan Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) menerima pengiktirafan tersebut daripada ‘International Institute of Engineers and Researchers’ (IIER) dalam pembentangan kertas kerja di persidangan tersebut yang melibatkan lapan (8) persidangan pelbagai bidang.

Kertas kerja itu merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) yang diketuai beliau bersama sekumpulan penyelidik dari Universiti Utara Malaysia,  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM).

Penyelidik bersama merangkumi wakil dari tiga (3) kolej di UUM yang bergiat dalam penyelidikan bidang media ialah Prof. Dr. Shahizan bin Hassan (UUM COB), Dr. Mohd Khairie Ahmad (UUM CAS) dan Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani (UUM COLGIS).

 

Sementara itu, penyelidik bersama dari UKM iaitu Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib dan UM, Dr. Sulastry Yurni Dato' Ahmad merupakan dua pakar yang dikenali dalam bidang politik dan kemasyarakatan.