BENGKEL FILE MEJA

on .

Seramai 40 orang staf dari Pejabat UUMCAS Induk, Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) UUMCAS dan Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) menyertai Bengkel Fail Meja yang dianjurkan oleh UUMCAS Induk pada 24 hingga 26 Mei 2015 yang lalu di Hotel Adya, Pulau Langkawi.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih mendalam kepada staf untuk mengemaskini Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang terkini.Semasa ucapan perasmian, Dr. Azizi Aziz, Timbalan Dekan AHSGS yang mewakili Penolong Naib Canselor UUMCAS berkata, bengkel tersebut sangat bermanfaat kerana dapat memberi pendedahan dan penerangan yang lebih terperinci oleh Dr. Che Azlan Taib kepada semua staf pentadbiran dan akademik yang terlibat dalam penyediaan FM dan MPK tersebut.Beliau juga berharap, proses pengemaskinian FM dan MPK mengikut format baru berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua staf mengikut unit/jabatan masing-masing.Turut hadir menyertai bengkel tersebut, Dr. Massudi Mahmudin, Dekan PPA UUMCAS.