Our Achivements

Selari dengan Slogan Q UUM iaitu membudayakan Kualiti ke arah melahirkan tenaga sumber manusia yang menjadikan “Ilmu, Budi, Bakti” sebagai nilai hidup,  perlaksanaan audit kualiti dalaman telah memastikan standard budaya kerja khususnya bidang pengajaran dapat dipelihara.

Dari segi pelaksanaan, pelbagai usaha telah dijalankan diperingkat Pusat Pengajian dan Kolej khasnya bagi menambahbaik pembudayaan Kualiti yang berterusan.

Di awal pelaksanaan budaya Kualiti 5S, usaha dan aktiviti-aktiviti utama yang telah dijalankan menjurus kepada mewujud kesedaran dengan memantapkan kerja-kerja pentadbiran bagi membolehkan pembudayaan Kualiti 5S bergerak walaupun pelbagai kelemahan teknikal dan pentadbiran dikenal pasti.

LAPORAN PENCAPAIAN PELAN STRATEGIK UUM CAS

Secara ringkasnya, pencapaian UUM CAS bagi Pelan Strategik Universiti untuk tahun 2014 adalah seperti berikut:

Secara keseluruhannya, pencapaian KPI Pelan Strategik UUM CAS pada tahun 2014 telah menunjukkan hasil yang lebih baik berbanding tahun 2013 (rujuk laporan KPI Pelan Strategik UUM)

Bagi memastikan pencapaian dan pelaporan pencapaian menjadi lebih baik pada tahun 2015, beberapa langkah telah diambil. Antaranya:

-  Mengenalpasti mana-mana teras yang belum dicapai oleh pusat pengajian seterusnya mengambil tindakan untuk memastikan pada tahun seterusnya mencapai hasil yang        lebih baik pada tahun sebelumnya.

-  Merancang lebih awal KPI yang ingin dicapai pada tahun 2015 dan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pegawai pemantau berkenaan.

-  Meminta ketua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) untuk memantau dan mengambil tindakan secara berkala setiap Teras bermula suku pertama 2015.

-  Tindakan universiti mewujudkan beberapa jabatan dan jawatan di setiap Pusat Pengajian secara tidak langsung akan membantu menambahbaik lagi

   proses perancangan strategik jabatan.

 -  Setiap kelemahan akan dikenalpasti dan diambil tindakan untuk tujuan penambahbaikan bagi suku tahun seterusnya.

 Di bawah menunjukkan pencapaian KPI UUM CAS pada tahun 2014 mengikut teras.

Teras 1: Membangunkan Kecemerlangan Aktiviti Kesarjanaan

Teras 2: Membangunkan Pelajar Secara Holistik

Teras 3: Memperkasa Aktiviti Akademik dan Antarabangsa

Teras 4: Melestari Sumber Kewangan

Teras 5: Memperkasa Sumber Manusia dan Bakat

Pencapaian keseluruhan mengikut teras pada tahun 2014 bertambah baik berbanding tahun 2013 walaupun ia menunjukkan hampir setiap teras didominasi oleh warna merah yang bermaksud sasaran masih belum dicapai. Diharapkan dengan beberapa cadangan dan perubahan KPI yang telah dicadangkan akan memberi kesan kepada KPI UUM CAS pada laporan pencapaian strategik akan datang.

LAPORAN PELAKSANAAN AMALAN KUALITI

Audit Dalaman ISO

Semua proses audit dalaman ISO telah dilaksanakan oleh juruaudit-juruaudit yang telah dilantik pada bulan Jun yang lepas.

Audit Fail Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) (Pusat Pengajian)

Semua pusat pengajian di UUM CAS telah terlibat dalam proses audit dalaman ini. Proses audit dalaman ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyediaan fail-fail QP 004- Pengurusan Penilaian Peperiksaan Akhir dan QP 005- Proses Penyediaan Pengajaran dan QP 006- Proses Penyampaian Kuliah. Laporan audit menunjukkan tiada ketidakpatuhan (NCR) ditemui namun eberapa penambahbaikan perlu dibuat seperti berikut:

1.     Rancangan kerja pensyarah perlu selari dengan silibus kursus seperti mod pengajaran, kaedah penilaian, kes pembelajaran, modul dan rubrik.

2.     Soalan dan markah peperiksaan akhir bagi semester A142 perlu dimasukkan dalam fail.

3.     Senarai kehadiran pelajar perlu direkodkan dan perlu dicetak melalui portal pensyarah.

4.     Ratio penyeliaan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah tidak seimbang dengan pensyarah.

5.     Proses penyediaan silibus program pengajian perlu mengikut prosedur dan peraturan sepertimana yang ditetapkan.

6.     Proses penyelarasan bagi kursus yang mempunyai banyak kumpulan perlu dimantapkan lagi terutamanya bagi memastikan semua pensyarah mengemaskini        

        senarai kehadiran dan memantau kehadiran pelajar.

Pihak pengurusan pusat pengajian disarankan supaya mengambil perhatian perkara-perkara di atas dan memaklumkan kepada semua pensyarah supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Audit Pentadbiran dan Pengurusan

Secara keseluruhan, semua dokumen yang disemak memenuhi dan mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2008. Proses kerja yang dilakukan oleh jabatan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan.

Pelaksanaan Amalan 5S

Pelaksanaan Amalan 5S peringkat UUM CAS telah dilaksanakan oleh semua Pusat dan jabatan pada setiap minggu. Semua jabatan telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan amalan 5S ini.  Antara aktiviti yang dilakukan oleh PTJ ialah seperti gotong royong, pelupusan, kemaskini dokumentasi dan mengadakan bengkel fail meja.

Masih banyak perkara yang perlu dilakukan oleh PTJ di UUM CAS bagi menambah baik amalan 5S seperti menerap amalan ini sepanjang masa (Shitsuke) kepada semua staf.  Markah penilaian juga masih rendah dibawah 5 bintang dan perlukan penambahbaikan .

SYOR

Mesyuarat Majlis Kualiti adalah dengan hormatnya dipohon mengambil maklum mengenai laporan kualiti UUMCAS.