5S

Pada 22 Mac 2015 (Ahad) yang lalu, UUM College of Arts and Sciences (Pentadbiran), Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA) UUMCAS dan Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS) telah membuat Lawatan Penandaarasan Amalan 5S di PusatBudayadanSeni (PBS).

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada staf UUM CAS berkaitan dengan praktis dan pembudayaan 5S yang diamalkan oleh pemenang 5S/QE ini. Lawatan tersebut disambut oleh Pengarah PBS, En.Huzaidy Hj. Hussain dan staf PBS.Pihak PBS telah memberi taklimat ringkas tentang aktiviti-aktiviti dan pelaksanaan amalan 5S di PBS dan membawa staf UUM CAS melawat di persekitaran PBS.

 Pihak UUM CAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PBS atas kerjasama serta layanan yang diberikan.